Tanda-Tanda Saat-Saat Kematian

Tanda-Tanda Saat-Saat Kematian
a) 100 hari : Seluruh badan rasa bergetar.
b) 60 hari : Pusat rasa bergerak-gerak.
c) 40 hari : Daun dengan nama orang yang akan mati di arash akan jatuh dan malaikat maut pun datang kepada orang dengan nama tersebut lalu mendampinginya sehingga saat kematiannya. Kadang-kadang orang yang akan mati itu akan merasa atau nampak kehadiran malaikat maut tersebut dan akan sering kelihatan seperti sedang rungsing.

d) 7 hari : Mengidam makanan.
e) 5 hari : Anak lidah bergerak-gerak.
f) 3 hari : Bahagian tengah di dahi bergerak-gerak.
g) 2 hari : Seluruh dahi rasa bergerak-gerak.
h) 1 hari : Terasa bahagian ubun bergerak-gerak di antara waktu subuh and asar.
i) Saat akhir : Terasa sejuk dari bahagian pusat hingga ke tulang solbi (di bahagian belakang badan)
Seelok-eloknya bila sudah merasa tanda yang akhir sekali, mengucap dalam keadaan qiam and jangan lagi bercakap-cakap..

Peringatan buat diri sendiri yg masih leka dan kerdil ini serta sahabat-sahabiah sekalian..
Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semoga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda – tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita.Walau bagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang maha berkuasa lagi pemurah lagi maha mengasihani maka diriwayatkan bahawa tarikh mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain. Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata.
Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semuga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat.

Lastly..alfatihah buat raja khairita sekeluarga atas pemergian toknya hari ini..al-fatihah..
Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri…

Pabila ia
mendatangi kita
hadirlah izrail mencabut nyawa

tiada yang dapat lari darinya
walaupun kehujung dunia..
tiada ruang untuk besembunyi
walaupun di kegelapan malam..
tiada ruang untuk kau hindari
walaupun kau sekuat baja

sudahkah engkau bersedia
hadapinya sudahlah pasti..
harta pangkat tiada guna
amal soleh penyelamat diri
PASAKKAN KEYAKINAN UNTUK SATU PERUBAHAN

Ampunkan dosa kami ya Rabb..
Kita selalu dengar dan melihat paparan-paparn visual bagaimana Masjid (Rumah Allah) masih tersergam indah walapun gempa bumi berlaku dipersekitarannya. Ini suatu tanda akan keagungan Allah s.w.t. Bagaimana sebuah masjid masih tersergam di Turki dengan runtuhan bangunan dipersekitarannya.
Kita juga tidak lupa bagaimana ombak Tsunami yang maha dasyat, membunuh ratusan ribu manusia. Peristiwa ini masih lagi tidak hilang daripada ingatan semua masyarakat dunia hari ini.

Visual-visual tentang keganasan ombak ini, saban hari ditayangkan disemua media massa dunia. Suatu perkara yang cukup menakjubkan Rumah-rumah Allah tersergam, gagah, walaupun persekitarannya seperti padang jarak padang terkukur. Walaupun rumah itu dibina daripada kayu dengan struktur bangunan yang tak berpelan, hanya atas sumbangan dan keringat orang ramai yang sedar dan memerlukan tempat untuk menyembah Yang Maha Esa.

Debelnya Allah (Debel bahasa Kelantan yang bererti samseng, kuat, gah dan sebagainya) telah dipapar dengan membinasakan ratusan ribu manusia tak kira apa bangsa, umur, warna kulit. Sama ada dia ini orang baik atau jahat.Allah membinakan sekaligus, sekelip mata sahaja, tetapi Allah masih tidak membinasakan RumahNya sendiri sebagai iktibar kepada mereka yang befikir.

Malangnya ada sesetengah dikalangan kita masih lagi tidak boleh menerima hakikat akan kekuasaan Allah. Hati mereka buta, dan Allah menutup hidayah kepada mereka.

Atas dendam politik, atas perbezaan politik mereka sanggup menganiyai bangsa mereka sendiri, malah mereka sanggup meruntuhkan Rumah Allah…NAUZUBILLAH…
Lebih 1000 orang telah mengadakan tunjuk perasaan secara aman di
Pejabat Daerah dan Tanah Kemaman, Terengganu hari ini Isnin, 30 Mei
2005 jam 10.00 pagi kerana membantah perobohan Masjid Desa Makmur, RTB
kg. Bujal, Kijal dan 10 buah rumah rakyat.

Demostrasi ini telah diketuai oleh Ust Nasaruddin Tantawi dan
memorandum telah dihantar kepada A.D.O.

Bantahan ini dibuat kepada Dato Deris Jusoh, selaku menteri Besar,
Exco Ahmad Said (Exco Penempatan), Pegawai Daerah Kemaman. Ketua Polis
kemaman dan Pengarah JPS Kemaman.

Selepas ini orang ramai dikehendaki bersolat Hajat selamat 40 hari
mengutuk perobohan rumah Allah ini.

……………………..

Adakah IMAN mereka hanya di bibir sahaja???

Moga Allah kurniakan kesempatan pada mereka untuk bertaubat…
Amien…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: